Program Seranta Pendidikan : Konvensyen Senjata Kimia 2023

Program Seranta Pendidikan : Konvensyen Senjata Kimia 2023

PROGRAM SERANTA PENDIDIKAN KONVENSYEN SENJATA KIMIA 2023
 
20 September 2023 | UMPSA Gambang
 
Makmal Berpusat UMPSA dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvesyen Senjata Kimia Kementerian Luar Negeri telah menganjurkan Program Kesedaran dan Seranta Pendidikan Konvensyen Senjata Kimia 2023 yang diadakan di Auditorium Perpustakaan UMPSA hari ini.
Pengarah Makmal Berpusat Prof. Madya Dr. Hazrulrizawati Abd Hamid mempengerusikan program ini dengan penyertaan seramai 100 orang.
Hadir sama Setiausaha Bahagian
Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensen Senjata Kimia Kementerian Luar Negeri, Dr. Raja Subramaniam, Penolong Setiausaha, Pn. Norhayaty Zahari dan Ketua Penolong Setiausaha, Ir. Ts. Mohd Norhisyam Omar.
Matlamat program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai latar belakang dan pelaksanaan Konvenseyen Senjata Kimia serta memberi penerangan mengenai keselamatan makmal dan kajian kes penggunaan bahan kimia terlarang di bawah konvensyen ini.
Program ini telah berjaya menarik perhatian dan penyertaan aktif dari kalangan ahli industri, akademik, penyelidik, pelajar dan masyarakat dalam mempromosikan pengetahuan dan perkembangan terkini dalam bidang senjata kimia.

Print   Email